Pemilihan bahan bacaan
Pengenalan
Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentuk penulisan
kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu. Hal ini
memberi makna bahawa, tanpa memahami apa-apa yang dibaca oleh seseorang itu, ia
belum dianggap mahir membaca. Menurut Dr. Koh Boh Boon, membaca dapat membantu
perkembangan kognitif dan afektif seseorang dan murid perlu menguasai kemahiran
membaca bagi membolehkan mereka untuk berkomunikasi. Justeru, aktiviti pemulihan
membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasai kemahiran
ini.
a) Faktor-faktor ketidak bolehan membaca.
Seseorang murid itu, tidak dikategorikan sebagai tidak pandai membaca disebabkan oleh kelemahan dalam diri sendiri, tetapi terdapat juga faktor lain yang menjadi penyebab kepada berlakunya ketidak bolehan seseorang murid untuk membaca. Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat membaca:
i) Faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca)
Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti kecerdasan berbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan pengalaman sedia ada. Berdasarkan faktor-faktor berikut berkemungkinan, murid itu sudah mempunyai kebolehan berbahasa tetapi tidak terlalu baik dan ianya memberi kesan kepada murid itu sendiri.
ii) Faktor yang ada pada bahan bacaan.
Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini pula meliputi perbendaharaan kata, panjang pendek ayat, kandungan bahan, struktur cerita, penggunaan dan organisasi bahan grafik. Dalam faktor ini pula, kelemahan dilihat bukan pada murid tetapi kekurangan yang wujud pada bahan yang ingin dibaca.
b) Antara kriteria-kriteria penting dalam pemilihan bahan bacaan
i) Bersesuaian dengan aras bahasa
murid
Dalam memilih bahan bacaan, ianya perlulah menepati lingkungan dan
kesesuaian dari segi laras dan aras bahasanya mengikut keperluan dan tahap
seseorang murid. Bahan bacaan tersebut, tidak menggunakan istilah yang boleh
menimbulkan isu sensitif. Penggunaan bahasa yang kesat dan penggunaan bahasa
yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Misalnya, penggunaan perkataan
mudah bagi mata pelajaran Sains iaitu fotosintesis dengan tumbuhan membuat
makanannya sendiri bagi murid darjah dua.
ii) Kandungannya dapat menyokong
matlamat dan objektif
Pemilihan bahan bacaan juga seharusnya mempunyai kandungan atau isi yang boleh
mengajar murid-murid serta menyokong matlamat pengajaran dan pembelajaran
(pnp). Selain itu, maklumat atau fakta yang dipersembahkan hendaklah betul dan
tepat. Bahan bacaan tersebut juga tidak mengandungi unsur sensitif, provokatif
dari segi agama, kaum dan jantina. Unsur yang mencerminkan fahaman, dan amalan
yang tidak sesuai dengan agama dan budaya masyarakat Malaysia juga perlu
dielakkan dalam memilih bahan bacaan.
iii) Penggunaan illustrasi
Illustrasi merupakan salah satu cara untuk menarik minat murid untuk
membaca. Illustrasi yang digunakan hendaklah menyokong dan menerangkan teks
bagi membantu meningkatkan kefahaman murid. Illustrasi yang menggambarkan unsur
lucah, aktiviti yang tidak selari dengan budaya masyarakat Malaysia dan yang
gambar yang dapat mempengaruhi murid kepada aktiviti yang kurang sihat perlu
dielakkan.
iv) Penggunaan perbendaharaan kata yang baik
Perbendaharaan
kata adalah faktor yang paling penting dalam menentukan tahap kesukaran bahan
bacaan. Bagaimana sesuatu teks itu diukur kesukaran teksnya ialah berdasar dua
cara iaitu dengan mengukur panjang perkataan dan kekerapan perkataan. Panjang
perkataan dikira dengan cara mengira suku kata atau jumlah huruf dalam
perkataan tersebut. Manakala kekerapan perkataan dikira dengan cara melihat
berapa kerap sesuatu perkataan digunakan. Perkataan yang panjang selalunya
ialah perkataan yang jarang digunakan manakalah perkataan yang kerap digunakan
merupakan perkataan yang mudah kerana boleh lebih pantas dikenali dan difahami.
v) Pemilihan ayat
Pemahaman
terhadap kandungan sesuatu petikan akan menjadi sukar apabila struktur ayatnya
kompleks. Dalam penyataan Harisson (1980: 23), beliau menyatakan bahawa kesukaran
ayat boleh dikategorikan kepada lima iaitu:
i. Kata kerja berbanding kata kerja
pasif,
ii. Proses membentuk kata nama,
iii. Kata kerja bantu,
iv. Bilangan klausa dalam ayat; dan
v. Pemahaman dan pengantian.
Kajian
telah menunjukkan penggunaan perkataan penerangan yang berlebihan seperti perkataan
lebih suka, lebih kurang, sedikit, dan beberapa menyebabkan kefahaman teks
menurun. Sama juga penggunaan perkataan kemungkinan seperti mungkin, selalunya,
boleh jadi dan kadang kala menyebabkan kekaburan dan ketidakjelasan teks yang
dibaca.
vi) Pemilihan dari segi susunan teks
Dalam
kriteria ini, ianya melibatkan bagaimana sesuatu teks dipersembahkan. Susunan
teks ini mengambil kira perkara-perkara seperti perenggan, tajuk-tajuk kecil,
penggunaan perkataan yang digarisi, dicondongkan dan yang ditebalkan.
Perkara-perkara tersebut digunakan untuk menjadikan sesebuah teks itu lebih
mudah difahami. Namun demikian kesahihan perkara ini tidak dapat dipastikan
kerana kajian menunjukkan terdapat pelbagai dapatan yang menyokong dan menolak
kesahihannya.
No comments:
Post a Comment