Pendekatan dalam pengajaran membaca adalah sangat penting. Hal
ini kerana dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca. Terdapat pelbagai
pendekatan yang boleh digunakan untuk memupuk minat pelajar dalam
membaca.
Pendekatan binaan merupakan salah satu pendekatan dalam pengajaran membaca. Pengajaran pendekatan ini dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terlebih dahulu kemudian diikuti dengan suku kata, perkataan, rangkai kata, ayat dan cerita. Hal ini bermaksud pelajar mula didedahkan dengan huruf kemudian suku kata dan seterusnya perkataan. Perkataan-perkataan ini mesti dibentuk dalam ayat dengan perkataan-perkataan lain yang telah diketahui oleh murid. Kaedah yang sesuai dengan pendekatan ini ialah kaedah abjad yang sering digunakan dalam pengajaran membaca di sekolah-sekolah rendah.

Selain itu, pendekatan cerakinan juga sesuai
digunakan. Pendekatan ini dikenali sebagai pendekatan analisis. Pendekatan ini
didahulukan dengan unsur-unsur yang besar kemudian, unsur-unsur itu
dicerakinkan kepada unsur-unsur yang lebih kecil yang akan membentuk struktur
unsur yang besar tersebut. Pendekatan ini merupakan kebalikan daripada pendekatan
binaan. Mula-mula, pelajar diperkenalkan dengan ayat kemudian, ayat dipecahkan
kepada perkataan-perkataan dan daripada perkataan tersebut dipecahkan kepada
suku kata dan huruf-huruf.
Pendekatan seterusnya ialah pendekatan eklektik ataupun dikenali
sebagai pendekatan campuran. Ia merupakan gabungan daripada pendekatan binaan
dan pendekatan cerakinan. Hal ini bermaksud, pendekatan ini hanya mengambil
ciri-ciri yang terbaik daripada kedua-dua pendekatan tersebut. Kemudian,
disesuaikan dengan kebolehan murid, situasi bilik darjah, bahan pengajaran dan
sebagainya. Namun, pendekatan ini mesti dijalankan dengan sistematik bagi
mejamin keberkesanannya. Pendekatan ini mempertimbangkan sifat-sifat ejaan
fonemik bahasa Melayu, struktur suku kata, tatabahasa, sistem sebutan dan
sebagainya agar pengajaran yang dilakukan berkesan.
Kesimpulannya, pendekatan pengajaran membaca adalah sangat
penting bagi menarik minat pelajar dan mendapat input yang berkesan hasil
daripada proses pembacaan. Kemahiran tersebut merupakan satu kelebihan kepada
mereka.
No comments:
Post a Comment