1. Menambahkan
Pengetahuan
Antara
kebaikan membaca ialah kita dapat menambahkan pengetahuan. Bahan-bahan yang
boleh kit abaca untuk menambahkan pengetahuan ialah buku, majalah dan surat
khabar. Pengetahuan yang kita peroleh daripada pembacaan boleh digunakan untuk
menjalani kehidupan seharian. Sebagai contoh, pengetahuan kita tentang
pemakanan seimbang membolehkan kita mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya
hidup yang sihat agar tubuh kita akan menjadi sihat.
2. Mengisi
Masa Dengan Berfaedah
Selain
itu, membaca juga membolehkan kita mengisi masa lapang dengan aktiviti yang
berfaedah. Setiap orang memiliki masa lapang pada setiap hari. Jika kita tidak
menggunakan masa lapang yang kita miliki dengan baik, kita akan rugi. Oleh itu,
ibu bapa perlu mendorong anak untuk membaca apabila ada masa lapang dan
sebaik-baiknya ibu perlu membaca bersama anak-anak.
3. Mencerdaskan
Minda
Kebaikan
lain aktiviti membaca ialah dapat mencerdaskan minda kita. Melalui pembacaan,
minda akan memproses maklumat yang dibaca dan dapat mengingat apa
yang dibaca dalam jangka masa yang lama. Rangsangan pada minda ini juga akan
mencerdaskan minda kita. Minda yang cerdas akan dapat mengeluarkan idea-idea
baru dan dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.
4. Lulus
Dalam Peperiksaan Cemerlang
Di
samping itu, dengan membaca juga membolehkan seseorang pelajar lulus dalam
peperiksaan dengan cemerlang. Terdapat beberapa mata pelajaran yang memerlukan
pelajar banyak membaca seperti mata pelajaran Sejarah, Geografi dan Bahasa
Malaysia. Dengan banyak membaca, pelajar akan dapat mengingati dan memahami
sesuatu topic atau tajuk dengan baik. Pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam
peperiksaan akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
5. Memupuk
Nilai-Nilai Murni
Kebaikan
membaca seterusnya ialah kita dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Nilai-nilai murni ini terpupuk dalam diri secara tidak langsung atau secara
tidak langsung. Nilai-nilai murni yang akan terpupuk dalam diri ialah nilai
menghargai masa dan kerajinan. Sikap rajin membaca ini juga akan menjadi contoh
kepada orang lain dan secara tidak langsung dapat merangsang orang lain untuk
turut sama mengamalkan budaya membaca.
kesimpulannya, terdapat beberapa kebaikan yang akan kita peroleh daripada sikap
rajin membaca. Sesungguhnya, yang rajin membaca bukan sahaja akan menjadi orang
yang pandai tetapi juga akan mendapat pekerjaan yang baik. Pada pendapat saya,
pihak kerajaan wajar mengadakan kempen membaca dengan lebih agresif lagi bagi
menggalakkan lebih ramai rakyat membaca. Rakyat yang rajin membaca pasti akan
dapat membantu menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju dan terbilang.
No comments:
Post a Comment